Barang mewah tapi MURAH!!!!!!!!!








“WAH, CANTIKNYA TAS  TANGAN NI! TAK SANGKA PULA KAT KEDAI MACAM NI ADA PELBAGAI BARANG. DAH LA MURAH, CANTIK MACAM BARANG BERJENAMA. JIMAT DUIT AKU KALAU BELI KAT SINI. “


Bukankah berjimat-cermat itu satu amalan yang mulia lagi dituntut dalam islam. Lebih-lebih lagi jika barang yang ingin dibeli itu bukan satu keperluan. Daripada bazirkan duit membayar satu barang dengan harga yang berates-ratus, tetapi kualiti dalam harga yang lebih murah. Jadi, bagaimana untuk anda peroleh barang yang murah tetapi berkualiti?






1.       LAMAN SESAWANG

Zaman penuh dengan teknologi seperti sekarang ini, apa pun boleh kita peroleh hanya di hujung jari. Begitu juga jika anda ingin membeli belah. Antara laman sesawang yang boleh anda layari untuk membeli barang yang berkualiti tetapi murah, anda boleh cuba di mudah.my, lelong dan banyak lagi. Anda akan peroleh pelbagai jenis barangan kegemaran anda dengan harga yang murah dan sangat berpatutan.

2.       FACEBOOK

Selain itu,ada juga sesetengah peniaga yang gemar menjual produk mereka hanya dengan menggunakan facebook. Jadi, tidak hairanlah jika harga yang ditawarkan lebih murah dan berpatutan kerana mereka tidak perlu membayar sewa kedai.

3.       PASAR MALAM

Ramai yang beranggapan bahawa barang-barang yang dijual di pasar malam tidak berkualiti. Bukan semuanya tidak berkualiti, hanya sesetengah sahaja. Bergantung pada harga dan jenis barangan yang kita pilih. Jika dilihat, terdapat juga butik-butik mewah menjual produk yang sama dengan produk di pasar malam. Cuma harganya sahaja yang berbeza. Ini kerana, barangan tersebut diimport dari tempat yang sama.

4.       KEDAI SERBANEKA

Kedai seperti ini sangat mudah didapati. Pelbagai barangan dalam satu kedai bermula dari keperluan diri sehingga perkakasan dan perhiasaan rumah. Semuanya terdapat di dalam satu kedai. Harganya juga sangat murah dan berpatutan. Tip untuk anda, pilih barang dengan teliti dan diperhatikan setiap perincian pada barang tersebut. Mungkin terdapat sedikit kecacatan pada sesetengah produk kerana barang-barang dalam kedai seperti ini dijual dalam kuntiti yang banyak. Lebih banyak piihan, lebih besar potensi anda untuk mendapatkan produk yang terbaik.

5.       BUTIK ONLINE

Satu lagi kelebihan pada mereka yang bijak menggunakan kemudahan teknologi. Terdapat lambakan butik-butik online yang menghidangkan pelbagai jenis barangan dan produk dengan harga yang sangat berpatutan. Ada juga penghantaran percuma. Anda hanya perlu pilih mana yang berkenan di hati. Jika terdapat sebarang kerosokan atau produk tidak seperti yang dijanjikan, pembayaran balik atau pertukaran akan dilakukan. Jadi, cara begini lebih jimat, mudah, pantas dan memuaskan.



p/s----> sume org da sibuk duk shopping raye kn....so, bijak lah dalam perbelanjaan ok!!!! jangan mudah tertipu ngn "MEGA SALE" hahahaha...peringatan tok diri sendiri jgk...



selamat membaca!!!!




sekian,w'salam.....